
Pejam celik, pejam celik, tinggal beberapa jam je nak masuk tahun 2013 dah. Allhamdullilah kita masih dipanjangkan umur, bahagia dengan kehidupan masing-masing. Tapi mesti korang pun macam-macam dah lalui sepanjang tahun ini kan? Ini serba sedikit review sepanjang tahun 2012 dalam hidup Mas :
Januari 2012:
- 19 Jan 2012 ( Thursday), Mas menang tiket percuma malam pra: Filem Sumpahan Kum Kum di MBO hasil dari pertandingan dari blog Pen Merah (Kak Anne ). Sempat la bergambar dengan para artis. Mas
Febuari 2012:
- 9 Feb 2012 (Thursday), lepas penat bbq, kami sekeluarga pergi jalan-jalan di I-city. Memang best!
- 23 Feb 2012 ( Thursday), blogger terkenal buat kali pertama tegur dalam chat. Mulanya ingatkan admin or sape-sape, tapi memang betul Abg Ben Ashaari. Mas ingatkan dia agak sombong & tak pandang la blogger picisan macam Mas, tak sangka lah jugak leh gurau & buat lawak rupanya.
Mac 2012:
- Walaupun simple tapi tetap gembira sambut dengan my family. Genap 22 tahun dapat 2 kek. Kalau 23 leh tak , nak 23kek choc? hihi
- 23 Mac 2012 ( FridaY), berlaku perubahan drastik pada blog Mas gara-gara 2 orang blogger yang terkenal ini. Cerita Pertama & CERITA 2.
April 2012:
Masuk je bulan April, Mas dah mula bz sebab Mas dah start kerja. 9pagi - 10malaM di Courts Cheras Bunyi macam penat kan? Tapi tak pun, lagi happy dengan kawan-kawan sekerja yang satu kepala. Cuma tak ada 'life'. hihihi. Akibat bz kerja, blog pun makin terabai..
May 2012:
- Tujuan utama Mas nak p sana ialah nak naik Cable Car. Allhamdullilah tercapai jugak. Memang best! Shopping tu step kedua.hihihi
Jun - Sept 2012:
- Hari Raya Aidilfitri- seperti biasa, beraya di Kuala Kangsar. Esoknya nak raya (puasa Ramadhan yang terakhir) baru gerak balik kampung dengan sepupu Mas, Hazim. Komitmen kerja punya pasal. Nasib baik la dia tak balik kampung lagi, kalau tak beraya di KL la Mas. Raya tahun ini memang sederhana je, kurang best la sebab abang-abang & akak Mas beraya di rumah mentua mereka masing-masing. Tapi insyaAllah tahun depan ,turn kami pulak :) . Balik kali ini pun sempat jumpa sepupu yang belajar di Uni Al-Azhar, Mesir.- Syahmi. Disebabkan kami bertiga yang sama baya ini dah lama tak lepak sama, aku pun ajak mereka makan di Pizza Hut. nyum3.
- Celebration & Party- Dalam bz kerja itu, Mas dok planning wat party untuk kawan-kawan sekerja. Ada 5orang rakan sekerja pangkat adik-adik dah nak berhenti untuk menyambung pengajian mereka, kebetulan birthday bos Mas, so pakat-pakat celebrate ramai-ramai main bowling di Ampang Point. Memang meriah & best, diakhiri tanggisan (T_T)
Oktober 2012:
- Bz kerja & pengajian. Kawan sekerja makin bertukar-tukar.
November 2012:
- Pemergian Opah - Selalunya Raya Haji, kami sekeluarga hanya sambut di Kuala Lumpur je. Tapi kebetulan Opah sakit dan dah uzur, buat kali pertama kami beraya di kampung Kuala Kangsar. Satu-satunya Opah dalam hidup aku. Belah abah dua-dua dah meninggal. Atuk belah emak pun dah meninggal. Hanya tinggal Opah saje. Tak sangka kali terakhir aku balik Raya Puasa lepas yang masih mampu berjalan dan tersenyum, pada ketika tu hanya terlantar baring di atas katil. 2minggu selepas itu, kira-kira pukul 9 malam di tempat kerja, sepupu aku, Hazim telefon bagitahu Opah dah meninggal dunia. Malam itu jugak aku balik dengan dia. Al- Fatihah buat Mariam bt Lamat (Opah). Semoga roh opah tenang & dicucurahi rahmat.
December 2012:
- Mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebagai Filling Clerk di Courts atas sebab terikat dengan masa . Mas kene cari juga kerja yang office hours sebab komitment pengajian Mas jugak.
- Selesai jugak final exam. Allhamdullilah
- Proses pencarian kerja bermula !
Apa azam korang? Meh share sikit

















13 surat cinta:
azam saya, nak kumpul duit..:)
hoho tang bergambar ngan retis tu dik, abg hampir2 tak cam mana satu adik..mana satu retis :D
3 bln xupdate blog? ptut la lama xnmpk btg hidung mas..hihi pape pon, selamat menyambut thn baru 2013..=)
mmg lamanya mas tak update blog. haha,s teff tunggu update, takda pun. bru hri ni yer :P sihat ke ??? selamat tahun baru 2013 mas..
oh..dah lama x hapdet rupanya die..tp akak lagi lama la kan..hehe..selamat tahun baru Mas..selamat semuanya ya~ =)
tahun 2012 yang penuh dengan pelbagai kenangan manis dan pahit...hehehe.. dan semoga tahun 2013 ni akan memberi lebih banyak kejayaan buat awak tau.amin..
salam 2013
semoga membawa kita kepada redha Allah :)
lama jgk mas tak update ye..ezad sebulan jgk la tak update blog...hee..bz...btw..selamat tahun baru 2013 mas..:D
babai 2012, selamat tahun baru!
3 bulan? Hihi... welcome back!
Lama Mas menyepi..welcome back..
&Happy new Year..
byk suka dan duka mas..semoga makin sukses 2013..amin..
bagusnya mas.. setiap bulan pasti ada peristiwa penting berlaku dalam hidup...
Catat Ulasan