BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, Ogos 31, 2008

FILEM SERAM -MIRRORS

Assalammualaikum wbt,

Wow ! Dapat tiket free!! So berdating dengan kakak, tunang dia & kawan baik kakak. Pergilah kami ke KLCC. Mula-mula kekok jugak nak berborak dengan mereka, lama-lama okey je.

Layan Movie Mirrors ni, overall agak seram & boleh banyak kali terkejut. Just endingnya Heronya mati. So sad! Tapi antara filem ini dengan Spirit of Victim, SOV lagi seram and the best!

Rating: 9/10

Memori: OUM KONVOKESYEN - PWTC

 Assallammualaikum wbt,

Masuk kali ni, dah 3 kali pergi konvokesyen . Mula-mula along ambik Diploma Kejuruteraan Univesity Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai Johor, lepas tu akak Mas lak, Diploma Business Kolej Yayasan (KYM) di Melaka. Kali ni along ambik lagi untuk Ijazah Teknologi Maklumat Open University Malaysia (OUM) di PWTC. Congratulation !!




Adik beradik ku.


video
video
video


Dengar cerita along akan bakal menyambung pengajian peringkat Master pula. Good luck bro!

Tikaman di Malam Kemerdekaan



Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke- 51.

Perpaduan Terasa Kejayaan. Itulah slogan kita pada tahun ini. Menarik.

Mas seperti biasa hanya countdown di rumah je bersama keluarga tercinta. Bila sesi nyanyian lagu Patriotik, Mas dan akak bersemangat menyanyi sekali.

Tapi dalam kegembiraan tu, Mas dapat berita kawan mas ( Jiran depan rumah) kene tikam !

Ceritanya pada malam kemerdekaan tu, berlaku persalahfahaman sehingga berlaku pergaduhan dan akhirnya bertikam pula. 'Alang' yang gelaran Mas panggil dari sejak kecil telah mendapat tikaman di bahagian paru-parunya.

Orang yang bersalah tu dah kene tahan oleh pihak polis. Budak tu dalam keadaan mabuk dan pil khayal.

Tiba-tiba terfikir, betul ke kita betul-betul dah merdeka? Adakah anak remaja faham erti kemerdekaan yang dialami orang tua kita dahulu?

Salam Ramadhan



Salam Ramadhan ...

1 September = 1 Ramadhan.

Menurut dalam akhbar harian yang Mas baca, kita bakal berpuasa dua tahun berturut-turut  dalam sambutan Hari Kemerdakaan Malaysia. Wah mesti mencabar kan.

Semoga puasa kali ini menambahkan lagi keberkatan dan dijauhi keburukan dan kemungkaran. Insya'Allah. Amin.

Selamat berpuasa semua.

"Puasa taw, jangan tak puasa"...

Jumaat, Ogos 29, 2008

KERJA ATAU SAMBUNG BELAJAR?

kerja atau belajar?

Setiap orang akan pikir hala tuju kan. Nak sambung belajar atau kerja? Takut tersalah langkah ?

Belajar sekurang-kurangnya terjamin masa depan dengan kelayakan yang ada tapi tak semestinya lepas graduate tu senang dapat kerja, tak... kebanyakkan majikan nak kan pengalaman. Maknanya kene lah bermula dari bawah.

Belajar sambil bekerja pun menjadi pilihan orang ramai jugak, cuma bergantung pada diri masing-masing sama ada mampu untuk lalui dalam masa yang serentak?


Khamis, Ogos 28, 2008

hai


first..
tasting jer dlu nih.....msih xthu lgi lah cra2 kat sni...juz taip ulasan jer lah..huhuhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...