BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, April 30, 2012

AKIBAT MANDI LEWAT MALAM!

# First sekali ni entry tahun 2008, Mas dapat dari email lama Mas dulu. 
 
Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.(kisah sesorang)

Pada tahun 1983, mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. 
Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. 

Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. 

Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??

Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. 

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan

"ngkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk.

Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.

Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Dengan ini dirumuskan bahawa:-
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
 
# Kebenaran tak dapat dipastikan dari sumber atas tapi bagi Mas,Mas memang yakin tak elok mandi lewat malam & minum air batu. Mas kalau bab air batu tak de hal sebab memang Mas hanya minum air suam. Jarang minum air sejuk. Tapi bab mandi lewat, Mas risau gak sebab Mas selalu gak mandi lewat (tak lebih kul 10pm) & simptom tangan basah tuh memang ada. Memang malam pun Mas akan tidur pakai baju sejuk + selimut tebal walaupun hari panas. Tapak kaki & tangan selalu sejuk. Kalau cuaca sejuk, memang Mas dah berselimut awal2. Erkkk???

Hope tak de apa-apa la kan. ^ ^

27 surat cinta:

Aien Nia berkata...

Info yang berguna..

shahrazali berkata...

adehhh....shah sllu gk mandi mlm.....risau nih..huhu...

Rapunzeel Cikilolo berkata...

ye ke?

aku jarang mandi malam dan balik kerja jarang mandi. just basuh muka je...

aku tak sangka effect teruk mcm tu, aku tak mandi sebab sakit belakang

aisya berkata...

kalau boleh dielakkan mandi malam.. huhu.. org tua2 pun ckp xelok.. huhu

misz_eyza berkata...

jgn selalu amalkan mandi malam mas...akk pun penah dengar kesan mandi malam cam tue...harap2 tak betul sgt ler.

Syuhada berkata...

selalu minum ayaq ais.. :(
tp mak syu kata kalo nak mandi malam...kalo mandi pas kul 12pg xpe...sbb tu da dikira sbg pagi....tul ke hah???? mcm takot jugak....huhuhuh

teha berkata...

alamak , kite dh laa mmg suka mandi mlm2.. hadoii ~

Ieyza Afieyna berkata...

tkut lak baca.. ieyza slalu mandi malam.. sebb panas.. -.-

Sis AI berkata...

Errr... Errr... Agk slalu mandi malam. Jap, mandi air panas tak boleh? Hehehe!

CikPuan Azizah berkata...

tak tahu la selagi takde benda sahih n bukti yg mengatakan begitu.. tp jijah pon kdg2 mandi lewat gak sebab balik keje malam.. huhuhu tp kalau boleh jangan mandi air sejuk..biarlah air tu suam2..

LiNda berkata...

thankz for sharing..mas, linda pun selalu mndi malam. Tambah2 kalo panas...erm, menakutkan plak

C i k P i p i T e m b a m berkata...

tangan kita pon basah. grrr... tp jarang sangat2 mandi malam. leh katakan 2 kali setahun je... tp minum ais kerap jugak , haha

sis92 berkata...

sis memang tak amalkan mandi malam ..

Hanif berkata...

Thanks for info!!

Support me by daily voting me fo blogger of the year

Putry berkata...

putry dulu suka mandi lewat malam hihihi.. tp skng tak dah

Sally Yatiey berkata...

Info yang menarik dan berguna :) Thanks ^_^

Boni JLL3 berkata...

sebab tu orang tak bagi mandi malam.memang bahaya untuk kesihatan tu..dah2..pasni jangan mandi malam.ramai dah sebenarnya kena paru2 berair sebab mandi malam

Ezad Skytech berkata...

mmg ada effect bila mandi malam ni..lepas ni elakkan la mandi malam ye..

Wafa Irdina berkata...

alamakkkkkkk
mujur xske maen bdminton n mandi mlm
so..berjaga2..huu

steffany daph berkata...

haaa.. ada effect juga mandi malam yerr.. baru tahu . tpi sya suka mandi malam.. walopon sejuk2. XD

mumui berkata...

errkkk... xleh minum air batu... saya selalu makan batu ais tu pas minum air.. huhu..

EmpayarUtama berkata...

Kena tanya doktor dulu. Ikut logik saya - bukan mandi malam penyebabnya tapi apa yang kita buat sebelumnya; sebelum mandi tu.

Bila bangun tidur (biasanya waktu pagi), denyut nadi agak normal apa lagi bila menghirup udara pagi yang segar. Selepas bersukan dan beberapa jam selepas itu denyut nadi masih belum dalam keadaan normal. Jadi logiknya kita MEMAKSA denyut nadi kita untuk kembali normal (tanpa pengetahuan kita) dan ini akan akibatkan perjalanan darah jadi tak teratur walaupun masa mandi tu kita rasa amat selesa.

Sama juga dengan basuh muka kerana nak paksa peluh kering dengan cepat, biasanya lepas bersukan. Bila dah selalu sangat - kulit muka mudah rosak kadang2 naik panau kerana peluh dipaksa berhenti melalui air basuhan muka.

Ish panjang pulak komen mamat nih hahahahahah larikkkk

shida'R berkata...

nice info mas :)

alyn adnan berkata...

mandi mlm memg bhaya, sebab liang2 kat badan kite bukak time waktu mlm.. kulit bernafas bak kate org.. tu yg air boleh serap masuk.. alyn pun salu mandi mlm, kena marah jea ngan mak.. hehe

logorithm berkata...

Info menarik!

I selalu jugak mandi lewat malam, tapi rasanya tak der pon masalah paru-paru mahupun tangan basah? Apa ye simptom-simpton lain paru-paru berair? Kena Google nih...

I minum jugak air sejuk, tapi tak selalu. Dan I tak takut sejuk tapi takut panas.

Siti Hajar Noh berkata...

mrosakkan paru2...alamak...

iman berkata...

kaitan ais dengan penyakit ada diterangkan, tapi yg mandi malam dengan penyakit, tak diterangkan pun? kesimpulan dibuat camtu je?

then, mcm mana pulak dgn artikel2 dalam akhbar yg kata mandi malam ni baik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...