wasiat as-Syahid Imam Hassan Al Bana.
Assalamualaikum sahabat sakalian, marilah kita renungkan wasiat Imam Hasan Al Bana ini.
Wasiat Imam Hassan Al Bana
• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya






19 surat cinta:
Salam jumaat..
Mari kita rapatkan lagi tali persaudaraan sesama islam..
Tak mau gaduh..
Not good not good ^_^
Nasihat yang baik untuk kita semua.
tazkirah dan peringatan berguna buat kita semua ..TQ
sama2lah kita berusaha menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini
kita manusia ni mudah leka, tp tu la pentingnya kita saling mengingati.. =)
sama-samalah kita berubah ke arah lebih baik. Insyallah :)
kaifahaluki mas?
* lama dah xckp bhs arab
salam jumaat mas..thankz perkongsian arini
nice entry..smoga dijadikan pnduan bersama..:)
nasihat yg berguna. harap dijadikan panduan untuk kita :) insyaALLAH..
yang jangan itulah yg kita selalu kita buat..
semoga semua dapat iktibar :)
nice,. paling suka yg bila cakap jgn gunakan suara nyaring.. mmg mnyakitkan hati. huhuhu
terima kasih dik atas peringatan nih...
peringatan pd putry dn semua
thanks utk peringatan ni....huhu...
nasihat yang sangat jelas...
sama2 kita beramal..
dalam bw ade gak bnda brfaedah.. thanks =)
Banyak yang berguna tu
InsyaAllah.. thanks for sharing.. :)
Catat Ulasan